Mee kuning cap Fajar. Tu bukan aku yang bag nama. Mak aku yang bagi nama. Idea dia nak mee kuning nie segar (macam segar dari ladang la). So, fajar tu cam pagi. Pagi-pagi kan segar.
Idea dia nak buat mee kuning ni berasal dari
1.perasaan menyampah dan bengang bile makan mee kuning yang terasa pahit
2. bengang bile susah sangat nak cari mee kuning yang original made from melayu.
3.Sebab, c*n* sekarang dah cam kira kurang ajar sebab letak tulisan jawi dan guna nama melayu untuk produk diaorang. Contoh pau Ahmad...
Bila dah belajar, try la buat. Jadi, mangsanya ialah aku. Tukang test tak bertauliah. Sangat banyak kali mencuba buat untuk mendapatkan mee kuning yang ok. Sampai satu ketika tu, aku pergi redah Mardi (bahagian food tech)tu. Hasil redah tu, sangat banyak info dan ilmu yang aku dapat (walaupun org mardi tu tak galakan aku buat atas sebab tertentu).
Bila mak aku dah confiden, dia tanya aku " mana nak cari mesin buat mee ni?". Haa, part mencari dan redah ni memang aku suke. Selepas 3 hari mencari dan rendah, dapat la kat 5 quotation mesin mee complete (kira manual production gak). Rupanya, mesin-mesin yang dijual kat kedai mesin tu diorang da amik untung sampai 100 ke 900...dasat c*n* nie...
Bile dah de mesin, bermula la mak dan aku (paksa rela mulanya) membuat mee. Mula- mula buat, pakai tepung cap sauh (tepung tanpa subsidi). Then, bile dah siap, baru la dapat makan mee yang segar. Seronok jugak la. Kira bukan senang la nak buat mee ni. Kene campur bahan, uli tepung la, gelek, potong, rebus, kasi minyak.
Sekarang ni, bila dah hantar mee kuning ke hampir 20 kedai runcit dan pasar basah dan borong, timbul 1 lagi masalah... Aku dah tak larat nak buat mee ni. Hantar mee kat kedai pagi pukul 8, pukul 10 lebih orang kedai mintak mee lagi. Katanya " Bang, mee fajar udah kehabisan. Mintak hantar a.s.a.p ye bang". Tak larat pun, ni dah bermakna mee ni dah diterima orang. Rezeki aku la ni. Buat mee lagi... Sekarang ni dalam proses mencari pekerja (in*onesian bole caye ke?).
Bahan-bahan untuk membuat mee kuning ialah:
tepung gandum4kg- syaratnya; peratus protein mesti 9% keatas.
garam 4-6tbs - aku pernah pakai garam halus cap adabi. Jimat walaupun harga mahal, super halus dan masin. tapi susah dapat.
air abu 4-5tbs - sodium karbonat dan sodium silikat
pewarna (ikot mata sendiri)- tak guna pun tak pe
air 1450ml- sila tapis ye air tu. Guna la bio aura ke ape ke. Jangan harap sangat air paip syabas tu!
minyak masak - minyak sawit ye.
sukatan untuk air berubah-ubah bergantung kepada jenis cap tepung. kalau cap bunga cempaka, air tak boleh lebih, blue key lak bole lebih sikit...
semua bahan tersebut digaul rata sampai sebati. Then gelek ikot tebal yang sesuai. Then lagi, potong jadi bentuk mee. Bile merebus, make sure air tu mendidih (rebus dalam 20 ke 60 saat). Tuskan dan sejukan... mee kuning yang baik ialah bila dipotong, bahagian dalam masih putih, yang luar je kuning masak. Masa nak minyak kan, make sure mee tu dah sejuk (nant bila pack cepat busuk). Then dah siap....
Kepada mereka-mereka yang nak buat bisnes mee nie or tertanya kenapa pakai bahan-bahan diatas, berikut adalah sebabnya;
garam; sebagai penambah rasa (ada mee yang letak msg ye), pengawet dan untuk mendapatkan berat mee yang maksima (membantu penyerapan air)
air abu; sebagai agen pengikat (bahasa pasar). Sebagai ganti guna telur (mahal). Kalau terlebih akibatnya mee akan pahit (tu yang orang kata mee letak kapur)
pewarna; untuk dapatkan warna yang cantik (penting ke cantik? kesihatan lagi penting kan?)
minyak masak; untuk melindungi mee dari kehilangan air dan sebagai penebat dari mee terkena udara. bila mee terdedah ke udara, mee cepat busuk.
Mee kuning adalah makanan yang tidak boleh dicampur bahan pengawet (sila rujuk akta makanan). Lagipun, mee kuning ni alkali, sangat susah la nak guna pengawet yang sesuai dan selamat. Lain la si c*n*. Dia pikir wang saja kan?
Aku mengalu-alukan mereka-mereka yang nak buat mee kuning ni. Sebab buat di dapur je. Secara kasarnya kos mee kuning dalam 40sen je. Jual 90sen ke RM1. Duit mengalir dari dapur tu... dasat tu. Tapi yang penting, niat. Sebab bila dah tamak, mula la jadi yang pelik-pelik. Mee kuning ade asid borik. Kita buat mee kuning untuk orang makan tapi bukan untuk bunuh orang atau seksa orang yang makan tu (menderita cancer, penyakit).
Sesapa yang berminat nak buat, bole la e-mail di nabil1489@gmail.com. Mana yang bole saya tolong, saya bantu la. Share... tak rugi pon...
Nota kaki
Suka pulak ngan tagline Jihad ekonomi....